Pages

Tuesday 26 February 2013

Nota Ringkas

Kata Ganti Nama Diri
Kata ganti nama diri pertama - saya, aku, kita, patik, hamba,...

Kata ganti diri kedua - kamu, awak, engkau, anda,...

Kata ganti diri ketiga - mereka, dia, beliau, baginda,...

Kata Adjektif
Perkataan yang menerangkan tentang sifat atau keadaan
Terdiri daripada :
  1. sifat - berani, takut, pandai,...
  2. ukuran - tinggi, rendah, panjang, pendek,...
  3. waktu - lama, sekejap, lampau, ...
  4. bentuk - bujur, leper, bulat,
  5. warna - hitam, putih, merah, biru, ...
  6. jarak - jauh, dekat, hampir, ...
  7. perasaan - sayang, benci, suka, ...
  8. cara - lambat, sering, jarang, ...
  9. pancaindera - tawar, manis, cantik, kasar, ...
Kata Kerja
Perkataan yang digunakan merujuk kepada sesuatu perbuatan dilakukan.
Kata Kerja terdiri daripada :
  1. Kata Kerja Transitif - memerlukan objek untuk membentuk ayat. Contohnya: Wannor menjahit baju.
  2. Kata Kerja Tak Transitif tidak memerlukan objek untuk membentuk ayat. Contohnya: Ikhwan sedang berlari.
Kata Sendi Nama
Perkataan yang menghubungkan kata nama dengan perkataan atau frasa dalam sesuatu ayat.
Contohnya: dari, daripada, ke, kepada, pada, di, sejak, bagi, dengan, ...
Selamat belajar
Perbandingan antara Kata Nama Am(umum) dan Kata Nama Khas(khusus)


Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Benda

kereta
buku
sekolah

Proton Waja
Puteri Gunung Ledang
S.K.Parit Johor
Orang
doktor
kerani
guru
budak lelaki
Doktor Halim
Puan Mehran
Cikgu Haikal
Ahmad Sodiq
Binatang
kucing
buaya
harimau
Si Putih
Si Rangkak
Si Belang
Tempat
negeri
bandar
kampung
Johor
Muar
Kampung Sri Mawar



Penilaian Bulanan Bahasa Melayu :

Tahun 4 ( 1.3.2013, Jumaat )
Tahun 5 (28.2.2013, Khamis)
Tahun 6 (28.2.2013, Khamis)

Monday 4 February 2013

SOALAN BAHAGIAN A(KERTAS 2)


 
BAHAGIAN A( Mentafsir Bahan Grafik )
    • 10 markah
    • Tiada had bilangan patah perkataan
    • Tulis 5 ayat berpandukan grafik
    • Soalan berdasarkan bahan grafik yang diberikan                                                                                                                                                                                                                                                                               APA ITU BAHAN GRAFIK ?                                                                                                      
    • Gambar - Tunggal @ Bersiri
    • Carta
    • Graf
    • Jadual
    • Peta
    • Pelan
    • Contoh : Gambar Tunggal 
    • Wajib dijawab soalan berdasarkan grafik yang diberi 
    • Mungkin terdiri daripada gambar bersiri atau gambar tunggal. 
    • Ayat yang dibina mestilah berdasarkan apa yang terdapat dalam gambar sahaja. 
SOALAN BAHAGIAN A - Cadangan masa menjawab - 15 minit

.PANDUAN UNTUK MENJAWAB BAHAGIAN A 
    • Baca dan fahamkan arahan.
    • Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
    • Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah. 
    • Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar di bawah. 
    • Perhatikan bahan grafik. Kaitkan kehendak soalandengan bahan grafik yang diberi. 
    • Cari maklumat yang terdapat dalam bahan grafikseberapa banyak yang ada dan tandakan atau 
    • senaraikan maklumat tersebut.
    • . Buat lima ayat sahaja , walaupun terdapat banyak maklumat dalam bahan grafik yang diberi. . Bina ayat berdasarkan kehendak soalan. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar . - Maknanya calon dikehendaki menulis lima ayat tentang aktiviti yang melibatkan kata kata kerja sahaja.    
    • Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar /situasi di bawah. 
    •  Maknanya calon boleh membina apa saja perkarayang terdapat dalam bahan grafik, tidak kira sama ada melibatkan kata kerta atau situasi yang ada dalam bahan grafik yang diberi. 
Boleh gunakan nama watak, tempat, atau apa saja yang sesuai asalkan ayatnya baik tanpa kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat.
    • Kalau gambar bersiri, pastikan ayat yang dibina
    • seimbang.
Ayat yang dibina boleh ditulis dalam bentuk:- 
    • Urutan nombor;
    • 1. .……………………………………
    • 2. …………………………………......
    • Urutan abjad;
    • a. ……………………………………
    • b. ……………………………………
    • Simbol ( -, /, * dan seumpamanya)

PANDUAN MENGARANG / MENULIS



Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang : 

A. Pengenalan
B. Isi-isi dan
C. Penutup

A          Pengenalan

            Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu.Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.


B           Panduan mencari isi-isi berdasarkan peta minda:

Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda. Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya sama ada menerusi logik akal atau berdasarkan bahan rujukan seperti buku, majalah, surat khabar, ensiklopedia atau kamus bagi fakta. Antara lima pertanyaan paling utama dan popular ialah:
·                     Apa?
·                     Siapa?
·                     Bila?
·                     Mengapa?
·                     Di mana?
·                     Bagaimana?
·                    
            Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain.Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat.
Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain.Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.
C          Penutup

            Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan..Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan

NLAI MURNI(BAHAGIAN C)


Contoh Frasa dan Pecahan Nilai murni dan Pengajaran:

·                     Menolong orang - Bertanggungjawab
·                     Menghulurkan bantuan - Prihatin
·                     Menderma, menyumbang - Toleransi
·                     Memberi hadiah - Penyayang
·                     Berkongsi barang dengan adik-beradik - Kasih sayang
·                     Memberi hadiah - Pemurah
·                     Membantu - Baik hati
·                     Berkongsi - Berhemah tinggi
·                     Membuat kerja rumah/sekolah - Rajin
·                     Membuat jadual belajar - Gigih
·                     Mengulang kali - Keazaman
·                     Menyiapkan .... - Bersungguh-sungguh
·                     Mengembalikan - Jujur
·                     Memulangkan - Tulus
·                     Menyerahkan - Amanah
·                     Memberikan (Tidak meminta balasan) - Ikhlas
·                     Meminjamkan - Rela hati
·                     Tidak berkira - Bertolak-ansur
·                     Tidak mementingkan diri sendiri - Sepakat/Muafakat
·                     Mengagihkan tugasan - Adil/saksama
·                     Membuat sesuatu keputusan - Bijaksana
·                     Bertindak - Bestari
·                     Mencari penyelesaian - Rasional
·                     Menjadi rujukan - Matang
·                     Bertindak demi kebaikan - Berani
·                     Basuh baju/ kasut - Berdikari
·                     Menghormati lagu Negaraku - Cinta negara
·                     Mematuhi undang-undang - Semangat patriotik
·                     Membawa bekal ke sekolah - jimat-cermat
·                     Menjaga kebersihan diri - Cinta kebersihan
·                     Menjaga kebersihan alam sekeliling - Mencintai alam
·                     Membantu orang lain - Bekerjasama
·                     Mengikut arahan guru - Taat
·                     Mematuhi peraturan - Akur
·                     Patuh arahan ibu bapa - Berdisiplin
·                     Tenang mengahadapi sesuatu keadaan - Cekal
·                     Tidak mudah kecewa - Tabah
·                     Meneruskan usaha walaupun ...- Sabar
·                     Tabah melakukan sesuatu - Tidak mudah berputus asa
·                     Bangun awal, bersiap awal - Menepati masa
·                     Menyiapkan kerja sekolah - Menghargai masa
·                     Siapkan kerja mengikut masa - Menepati janji
·                     Semangat inisiatif, inovatif, kreatif - Daya usaha
·                     Rela berkorban masa, tenaga dan wang ringgit - Dedikasi
·                     Berupaya mencapai sesuatu kejayaan - Jaya diri
·                     Hidup berbaik-baik dengan jiran - Semangat kejiranan
·                     Sikap, pertimbangan yang tidak keterlaluan -Kesederhanaan
·                     Kesenangan yang dikecapi - Kesyukuran
·                     Pengiktirafan - Penghargaan
·                     Berterima kasih - Menghargai
·                     Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri - Persaudaraan